SEJAK putus cinta dengan Hans Isaac dua tahun lalu, nama Neelofa tidak pernah lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki.
Dirinya kini lebih dilihat fokus kepada bidang pengacaraan dan perniagaan yang diusahakannya sejak beberapa tahun lalu.
Mengakui masih solo, Neelofa mengatakan dia tidak mempunyai keinginan untuk bercinta seperti mana individu lain di luar sana.
Memetik laporan Berita Harian, Neelofa berkata,
“Hati saya belum dimiliki dan saya juga belum menemui sesiapa. Keinginan untuk bercinta itu belum tumbuh, apatah lagi merancang lebih jauh iaitu berumah tangga. Saya tidak menyesali takdir yang tertulis, cuma ketika ini, saya tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan sesiapa.
“Keinginan untuk berkahwin juga sudah berarak jauh dari sudut hati. Mungkin ada yang tidak percaya jika saya katakan, ketika ini perasaan saya ke arah itu kosong. Itu kenyataannya hingga saya sentiasa berdoa supaya Allah hadirkan kembali ‘rasa’ yang sudah lama hilang,” ujarnya lagi.
Usah gusar Neelofa, ajal, maut, jodoh, pertemuan itu semua kerjaNya.
InsyaAllah, time tidak mencari-cari itulah nanti akan terjumpa dengan lelaki yang berjaya menimbulkan kembali ‘rasa’ cinta yang ingin dicari kembali oleh selebriti berusia 26 tahun itu.
Apa-apa pun semoga Neelofa terus sukses baik dari segi kerjaya dan juga kehidupan peribadinya. InsyaAllah.
Punca Sebenar Neelofa Sudah Tawar Hati Untuk Bercinta..!!
Reviewed by
on
October 30, 2015
Rating: