Sayu..Komen Datuk K Selepas Isteri Tersayang,Dato' Siti Nurhaliza Keguguran



Siapa yang tidak sedih apabila mengalami keguguran ditambah pula setelah sekian lama mendirikan rumah tangga dan kehamilan itu merupakan kehamilan yang pertama selepas berkahwin.
Apa yang pasti ramai peminat yang mendoakan agar Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid dikurniakan cahaya mata.
Cukup menyedihkan setelah sekian lama menanti dan semalam Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita sedih. Beliau mengalami keguguran pada usia kandungan dua bulan. Sekaligus mengundang rasa sedih, kecewa dalam kalangan peminat yang sekian lama mengharapkan pasangan ini dikurniakan zuriat.

Namun menurut Datuk Khalid, suami kepada penyanyi Siti Nurhaliza, beliau menyifatkan isterinya itu seorang yang berjiwa kental dan tabah dengan ujian Allah apabila kandungan yang berusia kira-kira dua bulan itu gugur.
Khalid berkata, ketika doktor memberitahu berita berkenaan, reaksi wajah Siti nampak sedih, namun beliau tenang menerima hakikat bahawa anak yang dikandung itu sudah tiada.
“Mujurlah doktor yang kami jumpa seorang yang sangat profesional ketika memberitahu tentang berita keguguran tersebut.
“Doktor turut memberi kata-kata positif bahawa Siti masih lagi ada harapan untuk mengandung dengan mudah selepas ini. Dan perkara itu membuatkan dia tenang sedikit.
“Apa pun kami menerima ujian ini dan percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya,” kata Khalid.

Dalam pada itu, Khalid berkata, walau apa yang berlaku dia tetap menyayangi isterinya itu.
“Dia seorang yang sangat kuat. Benar kami mahukan anak. Tetapi walau apa yang berlaku saya tetap cintakan Siti,” tuturnya.
Sementara itu, Khalid berkata, Siti akan berpantang selama dua minggu dan akan ke Jakarta bagi urusan kerja.
Cukup menyedihkan! Buat Siti Nurhaliza bertabahlah. Setiap apa yang berlaku ada hikmahNya.


Sumber :gosipmalaysia.com


Sayu..Komen Datuk K Selepas Isteri Tersayang,Dato' Siti Nurhaliza Keguguran Sayu..Komen Datuk K Selepas Isteri Tersayang,Dato' Siti Nurhaliza Keguguran Reviewed by on December 03, 2015 Rating: 5
Kaki Cuci. Powered by Blogger.