Berita pemergian Yus Jambu ke rahmatullah merupakan satu berita yang benar-benar mengejutkan industri hiburan tanah air. Cukup meninggalkan kesan dan tamparan yang hebat buat peminat. Yus Jambu atau nama sebenar Yussry Bin Edoo dilaporkan meninggal dunia disebabkan oleh sesak nafas.
Arwah dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sebelum arwah meninggal dunia, beliau telah meninggalkan pesan kepada rakan sekumpulannya dalam program realiti Juara Parodi iaitu penyanyi terkenal, Misha Omar, Jumaat lalu.
“Jaga kesihatan, jangan jadi seperti saya.”
Misah Omar yang masih terkejut dengan pemergian Yus Jambu memaklumkan pesanan berbaur nasihat itu tidak akan dilupakannya sampai bila-bila. Tambah Misha Omar lagi arwah Yus Jambu seorang individu yang mengambil berat bukan sahaja kepada dirinya malah krew dan teman rapatnya juga.
“Saya tidak menyangka rupa-rupanya keakraban kami pada sesi latihan tempoh hari akan menjadi kenangan terakhir saya dengan arwah.
“Sebelum ini, ketika sesi latihan, kami lebih banyak buat hal sendiri. Tetapi entah kenapa, Jumaat lalu, saya banyak meluangkan masa dengannya.
“Banyak yang kami bualkan terutama sekali mengenai hal kehidupan. Dalam perbualan itu, Yus sempat menasihatkan saya supaya menjaga kesihatan dan tidak menjadi sepertinya.
“Arwah bukan saja mengambil berat kepada saya, malah krew dan juga teman rapatnya yang lain,” katanya.
Menurut Misha Omar lagi, arwah yang sering membawa alat menguji kandungan gula dalam darah seringkali menyuruh rakan-rakan menguji darah masing-masing.
“Jadi setiap kali hendak menguji darahnya, arwah akan suruh rakan-rakan yang lain menguji darah mereka.
“Walhal kertas ujian gula itu bukannya murah, tetapi arwah tidak lokek demi menjaga kesihatan rakan-rakannya,” kata Misha.
Sayu...Pesanan Terakhir Allahyarham Yus Jambu Buat Misha Omar
Reviewed by
on
December 02, 2015
Rating: