Teknik Penyusuan Yang Betul Untuk Bayi Seawal 1 Jam Selepas Bersalin



Menurut Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia,semua ibu digalakkan untuk menyusukan anak hanya dengan susu ibu dari bayi lahir sehingga mencecah usia 6 bulan secara ekslusif dan meneruskannya sehingga anak berusia 2 tahun. Ini bermakna, bayi hanya minum susu ibu semata-mata tanpa air kosong dan makanan sehingga berusia 6 bulan. Apa yang penting adalah, ibu-ibu perlu tahu teknik penyusuan susu ibu yang betul dan berkesan bagi menjayakannya.

Di Malaysia Hospital Rakan Bayi sudah lama wujudnya di mana ia bertujuan untuk menyokong penyusuan susu ibu sejak kelahiran. Bagi ibu-ibu terutamanya yang bakal melahirkan anak pertama, anda boleh memilih Hospital Rakan Bayi di mana mereka mempunyai pakar laktasi sendiri untuk membantu ibu-ibu berkenaan penyusuan susu ibu walaupun anda sudah keluar dari hospital.

Kepentingan Penyusuan Seawal 1 Jam Selepas Bersalin.

Ramai ibu-ibu yang mengadu mereka tiada susu selepas melahirkan. Tahukah anda penyusuan seawal 1 jam selepas bersalin bukanlah untuk mengenyangkan bayi semata-mata? Antara faedah lain ialah:

  • - Ia merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang berterusan.
  • - Bayi mempunyai naluri untuk menghisap yang tinggi selepas dilahirkan
  • - Membantu untuk mengecutkan rahim ibu
  • - Mampu mengelakkan pendarahan selepas bersalin
  • - Mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Di awal kelahiran, susu yang keluar adalah cecair emas di mana kolostrum yang terhasil sangat baik untuk kesihatan bayi dan ini tidak mampu menandingi susu formula. Seribu kali sayang sekiranya kolostrum yang hadir di awal kehairan ini tidak diberikan kepada bayi semata-mata kerana ibu-ibu merasakan susu tidak mencukupi, bayi tidak puas dan lapar.


Apakah Teknik Penyusuan Yang Betul?


Kedudukan Badan

  • - Pilih posisi yang selesa bagi ibu dan dukung bayi dengan baik.
  • - Anda boleh duduk menyandar pada katil atau kerusi dan kepala bayi diampu oleh lengan.
  • - Jangan terlalu membongkok sebaliknya rapatkan bayi kepada anda. Ini dapat mengelak sakit belakang.
  • - Jangan menyandar terlalu jauh sehingga bayi sukar untuk mencapai puting untuk menyusu.

Pastikan anda berada dalam keadaan tenang. Gunakan kusyen atau bantal untuk menyandar atau merehatkan kaki bagi menyokong posisi anda semasa menyusukan bayi.

Cara Mendukung Bayi


Cara mendukung adalah penting bagi memastikan anda dan bayi selesa. Bukan ibu-ibu sahaja perlu tahu, golongan bapa juga wajib tahu cara mendukung bayi dengan betul. Bagaimana sekiranya anda terpaksa memberikan susu ibu melalui botol atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan isteri anda tidak dapat menyusukan bayi secara langsung? Teknik mendukung yang betul adalah:

  • - Pastikan kepala dan tengkuk bayi berada dalam keadaan selari.
  • - Muka bayi menghadap payudara dan hidung bayi setentang dengan puting ibu.
  • - Ampu punggung, kepala serta bahu bayi dan rapatkan dengan ibu.

Cara Memegang Payudara

  • Ampu seluruh payudara menggunakan tangan di mana ibu jari di atas areola manakala jari lain di bawah areola (Pegangan C)
  • Elakkan pegangan gunting dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk di atas puting manakala jari laun berada di bawah areola.

Cara Penyusuan

  • Rangsang mulut bayi dengan menyentuh bibirnya.
  • Gerakkan bayi ke arah payudara apabila mulut bayi ternganga luas.
  • Pastikan mulut bayi melekap pada areola (Kawasan hitam payudara) dan bukan pada puting semata-mata.
  • Pastikan lekapan yang betul dan ampu sedikit payudara anda.

Bagaimana Teknik Pelekapan Yang Betul?


Pelekapan yang betul adalah sangat penting di mana ia dapat mengelak dari ibu-ibu luka semasa menyusukan anak. Selain itu,bayi juga dapat menyusu dengan baik dan selesa. Hal ini kerana rangsangan susu bukanlah pada puting tetapi pada bahagian areola payudara.


Pelekapan Yang Betul
  • Mulut bayi terbuka luas
  • Dagu bayi mencecah payudara
  • Bibir bayi melekup keluar. Sekiranya termasuk kedalam, ibu perlu menarik sedikit dagu bayi supaya bibirnya terkeluar.
  • Pastikan pipi bayi menggelembung sebagai tanda areola masuk penuh ke dalam mulut.
  • Pastikan mulut bayi tidak terlepas semasa menyusu. Bunyi hisapan dapat didengari.

Pelekapan Yang Salah
  • Bayi hanya menghisap bahagian puting
  • Dagu bayi tidak mencecah payudara
  • Ibu rasa sakit
  • Mulut bayi sering tertanggal dari payudara.
Apa yang penting, ibu menyusu perlulah berada di dalam keadaan tenang dan perlu mengelak dari tekanan untuk memastikan penghasilan susu yang memberangsangkan. Sokongan daripada suami dan orang di sekeliling amatlah perlu.

Semoga bermanfaat..!!
Teknik Penyusuan Yang Betul Untuk Bayi Seawal 1 Jam Selepas Bersalin Teknik Penyusuan Yang Betul Untuk Bayi Seawal 1 Jam Selepas Bersalin Reviewed by on November 23, 2016 Rating: 5
Kaki Cuci. Powered by Blogger.