Baru-baru ini kerajaan mengumumkan Bajet 2021 dan perkara yang paling sukacita adalah berkenaan bantuan dari kerajaan terbaru iaitu Bantuan PrihatinRakyat (BPR) yang mengantikan BSH
- Perlukah daftar BPR untuk penerima BPN 2.0?
Seperti yang dimaklumkan di atas, masih lagi belum ada maklumat rasmi. Namun, jika mengikut trend sebelum ini, jika anda penerima BPN 2.0 sebelum ini, iaitu penerima lama, segala maklumat tentang diri anda memang sudah ada dalam sistem. Jadi, jawapan ringkasnya ialah anda tidak perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat. Boleh terus buat semakan BPR apabila dibuka nanti.
Yang di atas tadi ialah jawapan ringkas. Jawapan panjangnya pula, anda sebagai penerima BPN 2.0 sebelum ini, kemungkinan besar anda tidak perlu daftar atau buat permohonan BPR lagi. Cuma anda dikehendaki untuk baca kemaskini BPR jika ada apa-apa perubahan.
- Jadi apa yang saya perlu buat?
Mudah sahaja.
Kami ulang sekali lagi. Seperti yang diberitahu dalam perenggna di atas, untuk terima Bantuan Prihatin Rakyat yang terbaru ini, anda hanya perlu kemaskini BPR. Ini adalah untuk memastikan data dan maklumat peribadi anda adalah yang terkini agar mudah diproses oleh pihak LHDN.
Contoh perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:
Jika dulu bujang, sekarang berkahwin, anda perlu kemaskini. Kenapa? Ini kerana amaun bantuan sudah tidak sama.
Jika dulu sudah berkahwin dan belum ada anak, manakala sekarang sudah ada anak, anda perlu buat kemaskini.
Jika dulu anak 1, sekarang anak 2; anda juga perlu membuat kemaskini.
Bila tarikh boleh apply BPR?
Tarikh untuk apply BPR masih lagi belum diumumkan. Harap bersabar.
Pendaftaran BPR bagi permohonan baru
Seperti yang jangkakan di atas, ini adalah panduan dari BPN 2.0 sebelum ini. Jika anda bukan penerima BPN 2.0, barulah boleh buat permohonan baru BPR.
Memandangkan pautan untuk permohonan baru BPR masih lagi belum dibuka, kami hanya kongsikan mengikut langkah-langkah permohonan BPN sebelum ini. Yang terbaik, rujuk panduan BPR login apabila telah diumumkan secara rasmi nanti.
Berikut ialah langkah untuk mendaftar BPR, yang kami jangkakan sama seperti BPN 2.0:
Kami jangkakan, direct link untuk portal rasmi adalah seperti berikut: https://bpr.hasil.gov.my
Lihat pada bahagian Semakan Status
Masukkan Nombor MyKad anda
Klik butang Carian
Ruangan Captcha akan dipaparkan
Masukkan aksara Captcha yang dipaparkan
Klik butang Semak
Pastikan status semakan anda ialah Tiada Rekod
Klik butang Permohonan Baru
Anda perlu jawab dua (2) soalan keselamatan yang diberikan
Soalan pertama ialah Apakah status kahwin anda yang telah didaftarkan?
Sila pilih jawapan untuk soalan pertama mengikut status kahwin anda yang terkini iaitu:
Kahwin
Ibu Bapa Tunggal Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak
Bujang
Klik Teruskan untuk meneruskan proses dan cara daftar BPR
Soalan kedua ialah Apakah bandar yang telah didaftarkan?
Taip bandar anda tinggal. Contohnya: Seremban
Klik Teruskan
Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN
Masukkan Nama Penuh anda
Tidak perlu masukkan No Kad Pengenalan kerana ia sudah diisi secara automatik
Pilih Kata Kunci Keselamatan
Untuk Kunci Keselamatan, pastikan anda masukkan hanya huruf dan nombor sahaja
Seterusnya, anda perlu jawab beberapa lagi soalan keselamatan
Antara soalannya ialah:
Apakah tahun kelahiran ayah anda?
Apakah tahun kelahiran ibu anda?
Apakah warna kegemaran adan?
Apakah makanan kegemaran anda?
Apakah haiwan kegemaran anda?
Apakah lagu kegemaran anda?
Apakah buku kegemaran anda?
Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
Apakah sukan kegemaran anda?
Apakah buah kegemaran anda?
Tulis jawapan di bahagian bawah setiap soalan
Pastikan anda jawab minimum lima (5) soalan yang diberikan
Klik Teruskan
Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPR sekali lagi
Sila buat Pengesahan bagi lima (5) soalan an jawapan anda
Klik Teruskan
Isikan Kata Laluan
Isikan Pengesahan Kata Laluan
Klik Daftar
Pendaftaran BPN anda sudah berjaya
Anda akan terima mesej “Anda telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untu ke menu BPN”.
Anda kini sudah boleh cuba Log Masuk BPR
Maklumat lanjut BPR
Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang proses cara daftar BPR, permohonan baru, kemaskini data dan juga semakan.
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
03- 89111000
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara daftar BPR ini dapat mengurangkan lagi beban anda. Jangan terlalu bersedih jika anda tidak dapat buat permohonan baru. Sila tunggu perkhabaran dari LHDN, mana tahu ada pembukaan untuk daftar BPR yang lain untuk yang tidak layak sebelum ini.
Bagi yang memang sudah layak, boleh refresh semula kaedah bayaran dengan membaca cara buat semakan bayaran BPR dan cara pembayaran BPR.
Semoga bermanfaat