YATT HAMZAH FAIL PERMOHONAN CERAI
Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, semalam.
Peguam Syarie, Noraini Fauzi yang mewakili Yatt memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu telah memfailkan permohonan penceraian mengikut Seksyen 47 Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Noraini berkata pihaknya telah menyerahkan saman kepada defendan pada 10 Februari lalu.
Pun begitu, memetik laporan Berita Harian, Abdul Mutalib memaklumkan mahkamah untuk menarik semula kes untuk bagi mendapatkan khidmat kaunseling dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.
Mahkamah seterusnya menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan kes serta melantik peguam.
Pasangan ini berkahwin pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suci Hanania Malika.
YATT HAMZAH FAIL PERMOHONAN CERAI
Reviewed by
on
February 26, 2015
Rating: