Rayban adalah kacamata hitam yang popular, dan juga produk ini popular untuk di ciplak. Ini adalah tips mengenali Rayban original atau palsu, supaya kita tidak tertipu.
ARTIKEL MENARIK : Mesti Cuba..!! 9 Petua Dan Posisi Seks Untuk Hamil Anak Kembar
Tiada masalah jika anda mahu membeli Rayban palsu atau original. Sebab aku pun tahu harga Rayban Original bukannya murah. Tips ini adalah supaya kita terbeli Rayban palsu dengan harga yang sama seperti original
Mengenali Rayban
Rayban adalah milik syarikat Luxottica Group. Setelah syarikat Italy ini membeli brand ini daripada pemilik asalnya iaitu Bausch & Lomb pada tahun 1999 dengan nilai $ 640 Million. Jika anda masih jumpa Rayban yang dikeluarkan "by Buasch & Lomb", memang sah itu Rayban palsu.
Luxottica Group ini juga sebenarnya pengeluar bagi brand kacamata mewah yang lain seperti Burberry, D&G, Oakley serta DKNY.
Tips Mengenali Rayban Original Atau Palsu
1. Kotak
Kebiasaannya apabila kita membeli apa juga barang, kita sudah pasti hanya akan membelek barangan yang hendak kita beli, tapi tidak pula kita membelek kotaknya. Begitu juga apabila kita membeli kacamata. Cuba kali ini anda pergi membeli Rayban, minta dengan penjual nak tengok kotaknya.
Tipsnya cuba belek kotak itu samaada ia ada sticker yang menunjukkan Manufacturer, Model No, Colour Code, Size dan Barcode. Selepas itu cuba semak samaada apa yang tertulis di kotak itu sepadan dengan apa yang di cetak pada kaki sebelah kiri Rayban tersebut.
2. Casing/Pouch
Selalunya casing Rayban hanya ada 2 warna sahaja iaitu hitam dan coklat, kecuali warna merah untuk keluaran Model Rare Print, Black Carbon Fiber bagi model Rayban TECH dan warna kelabu dengan tulisan TITANIUM bagi model TITANIUM series. Bagi gambar di atas adalah casing bagi model Aviator RB3025 dan RB3026.
Untuk mengetahui original atau palsu, kita boleh perhatikan perbezaan bentuk dan saiz, juga material kulit yang digunakan adalah 'dull' (tidak berkilat). Casing yang palsu mungkin berkilat sedikit kerana diperbuat daripada material murah.
Perhatikan juga kedudukan bulatan logo yang terletak di tepi casing, kedudukannya sepatutnya berada di tengah-tengah.
Kedudukan 'button' juga perlu selari dengan bahagian bawah logo (seperti gambar yang ditunjukkan ada pembaris di atas). Tulisan Rayban pada button pula condong 30 darjah. Sebelum ini memang tak ada tulisan pada button.
Pemerhatian di atasadalah untuk model-model Aviator, Wayfarer, Clubmaster. Casing mungkin berbeza mengikut model yang lain.
Cloth atau kain untuk mengelap akan disertakan sekali dengan 'printed material' bersama dalam satu plastik. Dan ada juga yang disertakan dengan booklet, yang isinya menceritakan tentang model-model The Icons, sejarahnya serta keterangan, namum ada juga yang tidak disertakan booklets ini.
Sticker pada lens Rayban mungkin tak semua yang ada sticker ini. Namum sekurang-kurangnya kita tahu apa kegunaan sticker ini.
Seperti gambar di atas sticker G-15 yang bermaksud 'Green' serta 15% Light Transmission. Jika lens kacamata berwarna lain daripada 'Green' tetapi letak sticker G-15, sah lah ianya palsu.
5. Lens
Kita juga boleh perhatikan tulisan 'Rayban' pada lens. Jika original semua kedudukan tulisan itu pada sudut dan jarak yang sama. Ruang diantara bingkai dan tulisan juga sama jaraknya. Manakala bagi kacamata palsu selalunya kedudukannya tidak sama, ada ketengah sedikit, ada yang ketepi sedikit.
Perhatikan pula lens sebelah kiri, akan ada tulisan 'RB' yang telah di'engrave' pada lens. Kedudukan tulisan itu selari dengan joint bingkai sebelah kiri.
6. Frame
Pada frame kacamata ini juga ada yang boleh kita perhatikan. Pada frame sebelah kiri dicetak maklumat Model, Colour Code, Size dan Filter Type. Contoh RB3025 AVIATOR LARGE METAL 001/51 58-14 3N. Pada frame sebelha kanan pula dicetak tulisan 'Rayban MADE IN ITALY R CE.
Jangan kita terkeliru kerana selalunya Rayban palsu juga ada tertulis semua ini pada frame. Jadi kita kena semak juga adakah ia sama dengan apa yang tertulis pada kotak. Ataupun boleh juga kita 'google' sebagai contoh taip ' RB3025 001/51. Dan jangan pula kita tersilap ada juga beberapa model Rayban bagi pasaran Asia yang mungkin Made In China atau Made In Japan, ianya tak semestinya palsu.
Aku rasa ramai juga yang tahu pasal skru Rayban ini, untuk menentukkan ia original atau palsu. Ada orang cakap Rayban original menggunakan skru (-) dan jika ada skru (+) palsu. Memang betul sebab model lama Rayban Aviator memang menggunakan skru (-). Namum beberapa tahun lepas model Aviator menggunakan skru (+) manakala model Wayferer masih menggunakan skru (-). Jadi agak tidak tepat jika kita menilai original atau tidak berdasarkan skrunya.
8. Ciri-Ciri Lain Pada Rayban
Ciri-ciri fizikal lain yang boleh kita lihat pada Rayban original adalah pada bawah 'bridge' ada tulisan 'RAY-BAN' serta saiznya seperti 58-14. Perhatikan dengan teliti jenis font dan jaraknya, ianya kemas dan tidak terlalu rapat.
ARTIKEL MENARIK : 7 Sebab Mengapa Lelaki Dilarang "Membuang Air Mani" Sembarangan
ARTIKEL MENARIK : 7 Sebab Mengapa Lelaki Dilarang "Membuang Air Mani" Sembarangan
8 Tips Mengenali Rayban Original Atau Palsu
Reviewed by
on
July 24, 2016
Rating: