Temuduga adalah langkah permulaan sebelum anda memasuki alam pekerjaan. Ramai calon yang memiliki kelulusan dan kelayakan yang dikehendaki, namun mereka gagal untuk meyakinkan penemuduga untuk mengambil mereka bekerja.
Sebelum ini pernah dibincangkan mengenai persediaan menghadapi temuduga di dalam artikel yang lalu. Pada kali ini akan dibincangkan mengenai tips semasa temuduga seperti berikut:
Masuk ke bilik temuduga
Apabila nama anda dipanggil, ketuk pintu. Terus masuk dan beri salam atau ucap selamat (jangan menjenguk masuk dan keluar kepala anda kerana ini menunjukkan anda seorang yang kurang berkeyakinan diri).
Duduk di bilik temuduga
Jangan duduk selagi tidak dijemput duduk . Ucapkan terima kasih jika diminta duduk. Duduk dengan badan yang tegak dan selesa di atas kerusi dengan kedua kaki di lantai dan tangan di atas paha (elakkan menyilang atau menggoyang kaki).
Menjawab soalan temuduga
Berikan perhatian dengan mendengar dan memahami soalan yang diajukan. Berfikir dahulu selama beberapa saat sebelum menjawab dengan tenang. Kaitkan jawapan dengan pengetahuan dan pengalaman anda. Jangan abaikan ‘eye contact’ dengan penemu duga ketika menjawab soalan.
Jangan lakukan semasa temuduga
- Jangan mengunyah sesuatu di dalam mulut ketika sedang ditemuduga.
- Jangan menghina atau mencela bekas majikan anda.
- Jangan menyampuk ketika penemuduga sedang bercakap.
- Jangan berbalah dengan penemuduga walaupun anda tidak bersetuju dengan pendapatnya.
- Jangan berbohong jika anda tidak tahu jawapan yang disoal.
- Jangan berbincang masalah peribadi anda dengan penemuduga.
Menamatkan temuduga
Biarkan penemuduga menamatkan sesi temuduga. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana telah memberikan peluang kepada anda untuk ditemuduga.
5 Tips Berkesan Untuk Temuduga Dalam Jawatan Kerajaan
Reviewed by
on
July 25, 2016
Rating: