Alasan Che Ta Menolak 10 Tawaran Anak



Kuala Lumpur: Pelakon Rozita Che Wan mendedahkan terpaksa menolak lebih 10 tawaran daripada beberapa produk tempatan dan antarabangsa yang mahu melantik anaknya Aaisyah Dhia Rana, 2, menjadi duta.

ARTIKEL MENARIK : Mesti Cuba..!! 9 Petua Dan Posisi Seks Untuk Hamil Anak Kembar

Rozita yang mesra disapa Che Ta, 43, berkata, dia mempunyai alasan kukuh untuk berbuat sedemikian selain soal bayaran.
"Tidak dinafikan Aaisyah mendapat banyak tawaran menjadi duta produk sejak lahir lagi. Malah ada dalam tempoh setahun itu saya menolak lebih daripada 10 tawaran. Saya tidak boleh main ambil saja sebaliknya perlu meneliti banyak perkara.
"Saya menitikberatkan soal komitmen produk itu, jadual kerja saya dan bayaran. Jika semuanya okey, saya anggap itu adalah rezeki anak saya," katanya.
Terbaru Aaisyah dilantik menjadi duta rangakaian produk mandian organik bayi dan kanak-kanak.
Menurut Che Ta, pelantikan anaknya itu adalah yang pertama untuk tahun ini selepas beberapa produk tahun lalu.
Che Ta yang juga pelakon drama Kak Marr berkata, anaknya itu juga lebih menyukai beg tangan dan kasut berbanding alat permainan kanak-kanak atau gajet.

ARTIKEL MENARIK : 13 Tanda-tanda Lelaki Yang Kuat Melakukan Onani..Tanda yang kesembilan Tu Paling Ramai Kan??

"Saya tidak mendedahkan Aaisyah dengan gajet kerana bimbang ia boleh memberi kesan kepada penglihatannya. Apa yang saya perasan, dia lebih tertarik dengan beg tangan dan kasut.
€œJika saya membawanya ke kedai alat permainan, dia tidak menunjukkan sebarang minat, tetapi jika kebetulan saya masuk kedai beg, dia memberikan reaksi berbeza," katanya.
Alasan Che Ta Menolak 10 Tawaran Anak Alasan Che Ta Menolak 10 Tawaran Anak Reviewed by on July 23, 2016 Rating: 5
Kaki Cuci. Powered by Blogger.