Klip video lebih dua minit, kumpulan remaja itu dikatakan membuli, mengugut sebelum menumbuk wajah lelaki tersebut. Bukan Sahaja dibuli, mangsa juga dikatakan megalami serangan seksual apabila gadis-gadis itu meraba dan menarik seluar mangsa.
OKOHAMA - JAPAN. Enam remaja perempuan yang berusia 14 tahun dipenjara selama lapan bulan apabila didapati bersalah membuli seorang remaja lelaki.
Menerusi sebuah paparan klip video lebih dua minit, kumpulan remaja itu dikatakan membuli, mengugut sebelum menumbuk wajah lelaki tersebut. Bukan Sahaja dibuli, mangsa juga dikatakan megalami serangan seksual apabila gadis-gadis itu meraba dan menarik seluar mangsa.
Remaja perempuan berambut perang dan mengenakan uniform sekolah itu dikatakan menarik kolar seorang budak lelaki yang bersaiz lebih besar daripadanya sebelum membuli dan menumbuk muka lelaki itu.
Video itu bukan sahaja mendapat perhatian dan kritikan netizen malah ia juga menarik perhatian pihak berkuasa.
Hakim Majistret Ken Ashken, menjatuhkan hukuman ke enam-enam remaja tersebut di Mahkamah Belia Okohama semalam sebaik kesemua gadis itu mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan.
“Ia merupakan satu serangan yang melampau, lebih-lebih lagi apabila kita lihat lawannya tidak membalas serangan tersebut.
“Walaupun dengan umur kamu yang muda, kami anggap ia satu serangan yang serius,” katanya lagi.
Video tersebut dikatakan tersebar secara meluas di laman sosial dan ditonton oleh lebih 2.7 juta pengguna Facebook.
Aduhaiii...!! Pelajar Lelaki Dibuli, Dipukul Dan Diraba Oleh Sekumpulan Rakan wanita
Reviewed by
on
August 12, 2016
Rating: