PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa kerajaan Malaysia bakal membeli sebuah kapal perang Mistral yang dianggarkan berharga RM3 bilion.
Katanya, ia berdasarkan laporan antarabangsa yang bertajuk 'France Russia Mistral Ships Update: Malaysia To Buy Aircraft Carrier' bertarikh 26 Ogos 2015 mengenai hasrat kerajaan tersebut.
"Akhbar antarabangsa melaporkan Menteri Pertahanan Perancis, Jean Yves Le Drian bakal mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia.
"Rombongan ini akan turut diserta oleh wakil-wakil industri persenjataan Perancis termasuklah Dassault Aviation, Thales, Safran, oleh itu timbul desas desus bahawa lawatan ini adalah untuk merundingkan penjualan sebuah kapal perang Mistral kepada kerajaan Malaysia," katanya ketika sidang medianya di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Mengulas lanjut Rafizi berkata, semakan menunjukkan sebuah kapal perang Mistral ini dianggarkan berjumlah sekitar USD600 juta pada tahun 2012.
"Mengambil kira kenaikan harga dan kadar mata wang sekarang terkini, ini bermakna kos pembelian kapal perang Mistral ini boleh mencecah RM 2.6 bilion.
"Oleh itu, mengambil kira kontrak penyelenggaraan dan bantuan teknikal yang selalunya bernilai ratusan juta, saya menganggarkan pembelian ini boleh memakan RM3 bilion dana rakyat," katanya.
Oleh itu ujarnya, beliau mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein membentangkan perkara ini kepada Parlimen dalam sesi akan datang.
Dalam pada itu Rafizi berkata, adalah tidak 'kena' pembelian itu dengan keadaan ekonomi semasa negara.
"Dengan keadaan ekonomi sekarang ia bakal mencetuskan kontroversi," katanya.

Malaysia Bakal Membeli Kapal Perang Aircraft Berharga RM3 Billion..??
Reviewed by
on
August 16, 2016
Rating: